Usahawan Berjaya di Malaysia

Profil Usahawan Pilihan 
  
IRFAN KHAIRI
  Pengarah Urusan

  Alamat
:
Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB)
12-1, 16-1 & 16-2,
Jalan PJU 7/16,
Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya
  Tel
:
-
  Faks
:
-
  E-mel
:
  Laman Web
:
www.irfankhairi.com/blog
Irfan Khairi merupakan seorang jururunding yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi. Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.

Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.

Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata. Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.



Sumber

  1. Irfan Khairi Blog, Feb, 2014
  2. Nilamsoft.blogspot.com ,  Feb, 2014

Profil Usahawan Pilihan 
  

TUAN HAJI MOHD TAMIN
  Pengarah Urusan

  Alamat
:
Syarikat Salmi Haji Tamin Sdn  Bhd
KM 40, Jalan Ipoh, Enggor,
Kuala Kangsar,
33600 Perak Darul Ridzuan
  Tel
:
05-5757 6577
  Faks
:
05-5757 6025
  E-mel
:
salmi@tamin.com.my
  Laman Web
:
www.tamin.com.my
Cerita mengenai Kicap TAMIN bermula pada tahun 1951 apabila Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkannya. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak. Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau. Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti dan rasa sos tidak diabaikan. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kualiti kicap yang terjamin.

Setelah setahun, permintaan terhadap Kicap TAMIN melebihi jangkaan. Kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar. 

Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari.  Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar. Semakin banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol sehari. Hari ini, Kicap TAMIN boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kini, nama TAMIN dikenali ramai dengan sos dan kicap yang bermutu tinggi. Reputasi ini dibina selama kini oleh allahyarham Tuan Haji Tamin. Usaha beliau diteruskan oleh keluarganya di kedua-dua kilang yang menggunakan teknologi semasa dan mesin-mesin moden di Perak Darul Ridzuan. Terdapat dua kilang yang mengeluarkan produk Tamin ketika ini iaitu di Enggor, Kuala Kangsar serta di Batu Gajah, Perak. Walaupun produksi kian bertambah, rasa asli Kicap TAMIN tetap sama seperti yang dirasa pada tahun 1951. Komitmen terhadap kualiti ternyata sehingga TAMIN dapat mengembangkan pasaran di United Kingdom.

Keunikan Tamin

Terdapat 28 produk yang dihasilkan oleh Syarikat Tamin:
1.    Kicap Istimewa
2.    Kicap Putra
3.    Kicap Putri
4.    Kicap Mee
5.    Kicap Lemak Manis
6.    Kicap Lemak Masin
7.    Kicap Perdana
8.    Kicap Cair Tamin
9.    Kicap Soya Istimewa
10. Sos Tiram
11. Cuka Buatan
12. Cuka Buatan - Cap Tamin
13. Sos Cili
14. Sos Tomato
15. Asam Jawa
16. Tepung Jagung
17. Tepung Ubi Kayu
18. Garam Halus
19. Kerisik Kelapa
20. Ceriping Pedas
21. Bihun Perdana
22. Vermicelli
23. Tepung Kentucky
24. Sop Tulang
25. Taucu - Kacang Masin
26. Taucu - Cap Tamin
27. Perisa Rose
28. Cencaluk



Sumber

  1. Ismebiz.com, Feb, 2014
  2. Nilamsoft.blogspot.com ,  Feb, 2014