Pelan Perniagaan Cyber Cafe

Latar Belakang Perniagaan


Pengenalan Syarikat
Nama Syarikat : MRz Inspiration
Alamat : No 44, Jalan Siantan 6, Taman Kemas, 81200 Johor Bahru, Johor.
Nombor Telefon : 07-6617892
Taraf Perniagaan : Persendirian
Pemilik : Musliha Binti Musa
No Kad Pengenalan : 8105230-04-5254
Lokasi Perniagaan : Gerai Kampung Melayu
Jenis Perniagaan : Kafe Siber/Pusat IT.

Pengenalan Perniagaan
Syarikat MRz Inspiration merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 3 April 2008 dan beroperasi di alamat, no. 44, Jalan Siantan 6, Taman Kemas, 81200 Johor Bahru, Johor. Syarikat ini baru sahaja ditubuhkan dan ianya merupakan hakmilik persendirian kepada seorang bakal usahawan muda wanita
iaitu Cik Musliha binti Musa. Pemilik syarikat ini merupakan seorang graduan Diploma Sains Komputer dari kolej Risda, Alor Gajah, Melaka. Mempunyai pengalaman kerja di bidang IT selama dua tahun. Seorang yang bekerja keras dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Amat berminat menceburi perniagaan terutama di bidang IT dan teknologi. Lokasi Mrz Inspiration ini bakal menawarkan perkhidmatan bidang IT dengan membuka sebuah Kafe Siber/Pusat komputer di Gerai Kampung Melayu. Lokasi
perniagaan ini terletak di kawasan tumpuan orang ramai. Ini kerana ianya terletak di kawasan gerai makan berhampiran dengan klinik kesihatan, sekolah, masjid dan pejabat pos. Ianya juga berdekatan dengan jalan utama bagi penduduk kawasan Kampung Melayu ini.

Produk
Perkhidmatan yang bakal ditawarkan kepada pelanggan adalah perkhidmatan penggunaan Internet dan komputer, kelas komputer, penjualan komputer, komputer riba, perkakasan komputer dan servis membaik pulih komputer. Di samping itu juga penyediaan perkhidmatan mencetak, mengimbas, photostat dan faksimili juga akan ditawarkan. Selain itu juga syarikat ini juga akan menawarkan perkhidmatan percetakan seperti kad kahwin, kad perniagaan, t-shirt, cenderamata, ’banner’, ’bunting’, ’brochure’ dan sebagainya. Lain-lain perkhidmatan di bidang IT juga akan ditawarkan seperti pembinaan laman web, sistem dan pemasangan rangkaian (networking).

Objektif Perniagaan
Memberi kemudahan penggunaan Internet dan komputer kepada orang ramai. Menubuhkan sebuah pusat yang boleh memberi pendidikan komputer kepada semua lapisan masyarakat. Mewujudkan sebuah Pusat IT yang dapat menawarkan segala perkhidmatan dalam bidang IT seperti penjualan komputer dan perkakasan, pembinaan laman web, sistem dan pemasangan rangkaian. Menawarkan perkhidmatan untuk semua jenis percetakan.

Misi
Dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap pengunaan Internet dan komputer pada masa kini. Memberi pendidikan dan pendedahan komputer kepada semua lapisan masyarakat. Mewujudkan Pusat IT yang memberikan perkhidmatan yang dapat  memenuhi setiap permintaan pelanggan di dalam bidang IT. Menjadi sebuah perniagaan yang mendapat tempat di hati pelanggan dengan menawarkan harga yang berpatutan dalam perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.

Ringkasan Eksekutif

Pasaran Perniagaan
Permintaan Terhadap Penggunaan Internet pada masa kini, permintaan terhadap penggunaan Internet amatlah tinggi. Tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Pengguna mulai sedar kepentingan Internet yang mampu memberi mereka pelbagai kemudahan dan kebaikan jika bijak mengendalikannya. Ini kerana pada masa kini, kebanyakan urusniaga dan urusan kerja dibuat secara online. Sebagai contoh, pembayaran bil secara online, permohonan kemasukan universiti kerajaan secara online, pencarian kerja dan banyak lagi. Bagi golongan remaja pula, penggunaan Internet menjadai salah satu gaya hidup mereka pada masa kini. Mereka menggunakan Internet untuk bermain permainan online, berbual (chatting) dan blog seperti Myspace’, ’Friendster’ dan banyak lagi. Bagi pelajar pula, Internet digunakan oleh mereka untuk melayari lagi mendapatkan maklumat dan material untuk kerja kursus mereka.

Permintaan terhadap Penggunaan Komputer
Bagi golongan yang kurang berkemampuan memiliki komputer sendiri, kemudahan komputer amatlah bermakna buat mereka. Kebanyakan kerja-kerja seharian pada masa kini banyak melibatkan penggunaan komputer. Tidak kira apa jua lapisan masyarakat, komputer menjadi satu keperluan kepada mereka. Sebagai contoh, pelajar kebanyakannnya menggunakan komputer untuk membuat kerja kursus. Mereka memerlukan kemudahan lain dari komputer seperti, pengimbas untuk memasukkan material ke dalam kerja kursus dan mencetak hasil yang telah disiapkan. Begitulah conoth yang boleh dilihat daripada kepentingan terhadap penggunaan komputer. Dengan tingginya permintaan terhadap penggunaan komputer, permintaan terhadap kelas-kelas komputer juga meningkat. Mereka sedar dengan pengetahuan terhadap penggunaan komputer memberi kelebihan kepada mereka bukan sahaja dalam bidang kerja malah dalam kehidupan seharian masa kini. Bidang IT dan Kehidupan Di zaman ini, IT memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian. Bidang IT merangkumi segala yang berkaitan dengan komputer dan teknologi. Kerja-kerja harian banyak melibatkan penggunaan komputer dan berkaitan dengan IT. Seperti contoh di bidang perniagaan, komputer diperlukan untuk melakukan kerja dan penyimpanan maklumat. Sistem diperlukan untuk membantu melakukan pekerjaan. Manakala laman web akan digunakan sebagai mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Perkara sebegini telah pun menjadi perkara biasa kepada sesebuah perniagaan pada masa kini. Namun tidak semua mereka mahir untuk mengadakan semua ini untuk perniagaan masing-masing. Di sinilah pentingnya perkhidmatan seumpama pembinaan laman web dan sistem yang dapat ditawarkan kepada mereka. Memandangkan pada masa kini perniagaan lebih menjerumus kepada pemasaran secara ’online’ maka permintaan terhadap pembangunan sistem dan pembinaan laman web juga amat tinggi. Permintaan Percetakan Permintaan terhadap percetakan juga amat tinggi pada masa kini. Percetakan dilihat amat penting dalam mempromosikan sesuatu perkara seperti di dalam sesebuah perniagaan, majlis dan juga pameran dan sebagainya. Mereka memerlukan papan tanda, ’banner’, ’bunting’, risalah, kad jemputan, cenderamata dan macam-macam lagi untuk dicetak bagi tujuan promosi.


Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

1) Kemudahan Internet dan Komputer.
Kemudahan Internet dan komputer merupakan produk dan perkhidmatan utama yang bakal ditawarkan kepada pelanggan. Terdapat sepuluh buah komputer yang lengkap berserta rangkaian yang akan disediakan untuk perkhidmatan ini. Pelanggan boleh menggunakan komputer dan melayari internet untuk kegunaan
apa sahaja. 


2) Kelas Komputer
Kelas komputer juga akan ditawarkan kepada para pelanggan. Ianya dibuka kepada semua lapisan umur dari sekolah rendah hinggalah ke warga emas. Antara subjek yang akan ditawarkan unutk kelas komputer ini adalah seperti berikut:
i. Pengenalan Komputer
ii. Pengenalan Internet
iii. Microsoft Word
iv. Microsoft Powerpoint
v. Microsoft Excel Level 1
vi. Microsoft Excel Level 2
vii. Microsoft Access
viii. Pembinaan Laman Web
ix. Pengenalan kepada Rangkaian


3)Penjualan Barangan Komputer
Pelanggan boleh mendapatkan barangan komputer seperti set lengkap komputer, komputer riba, perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci, ’RAM’, ’hard disk’, ’pendrive’, cd dan macam-macam lagi di sini. Barang-barang rangakaian seperti kabel rangkaian, ’switch’, ’modem’ dan sebagainya juga terdapat di sini. Untuk pembelian perkakasan komputer boleh terus didapati di sini. Manakala untuk pembelian set komputer dan komputer riba perlu dipesan terlebih dahulu. Tetapi pelanggan boleh merujuk kepada katalog dan juga risalah untuk membuat pemilihan barangan yang hendak dibeli. 


4) Servis dan Membaikpulih Komputer
Perkhidmatan servis dan membaikpulih komputer juga akan ditawarkan kepada pelanggan. Perkhidmatannya termasuklah memformat semula komputer, memasukkan perisian ke dalam komputer, membaiki komputer dan komputer riba dan membaiki perkakasan komputer seperti monitor, pencetak dan sebagainya.


5) Pembinaan Laman Web dan Sistem
Perkhidmatan ini juga akan ditawarkan kepada para pelanggan yang berminat untuk memiliki laman web atau sistem sendiri. Pelanggan di sini tidak kiralah individu, syarikat mahupun organisasi. Pembinaan laman web atau sistem ini akan dibuat mengikut kehendak dan pelanggan. Khidmat nasihat dan juga rundingan untuk perkhidmatan ini akan diberikan secara percuma untuk pelanggan yang berminat.


6) Percetakan
Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan untuk segala jenis percetakan di sini. Rekaan grafik untuk percetakan yang ingin dibuat juga boleh dibuat atas permintaan. Jenis percetakan yang ditawarkan termasuklah kad kahwin, kad perniagaan, ’bunting’, ’banner’, t-shirt/kemeja, cenderamata, risalah dan macam-macam lagi.


7) Lain-lain Perkhimatan
Lain-lain perkhimatan yang akan ditawarkan adalah mencetak, mengimbas, photostat, faksimili, penjualan alatulis dan kertas, ’bindin’, ’laminating’, pembayaran bil secara ’online’ dan penulisan surat rasmi.


Belanjawan Permulaan Perniagaan
Pembaikan Kedai

Bil Perkara/Item Unit Harga/unit Jumlah (RM)
1. Pemasangan dinding kaca
2. Pemasangan pintu kaca
3. Pemasangan dinding batu


Komputer dan Perkakasan
Bil Perkara/Item Unit Harga/unit Jumlah (RM)
1. Set Komputer 11 1900
2. Printer 4 in 1 1
3. External DVD Writer 1
4. External Floppy Disk 1
5. Switch 24 Port 1


Perabot
Bil Perkara/Item Unit Harga/unit Jumlah (RM)
1. Penghawa Dingin 1
2. Karpet 15x15 2.20
3. Meja 6’x2’ 2
4. Meja 4’x2’ 2
5. Kerusi 1
6. Almari ’Display’ 1
7. Bangku 4
8. Rak Kasut 2
9. Rak Buku & Fail 2


Rangkaian dan Pendawaian Elektrik
Bil Perkara/Item Unit Harga/unit Jumlah (RM)
1. Rangkaian (Port) 12 140
2. Pendawaian Elektrik 14 140
3. Kotak Suis 1 380
4. Meja 4’x2’ 2
5. Kerusi 1


Promosi dan Percetakan
Bil Perkara/Item Unit Harga/unit Jumlah (RM)
1. Banner 4’x20’ 1
2. Bunting 2’x6’ 2
3. Risalah 500
4. Rubber Stamp 4
5. Buku Resit 10


Lain-lain
Bil Perkara/Item Unit Harga/unit Jumlah (RM)
1. Deposit Sewa Kedai 3 1200 3600
2. Pemasangan Telefon 1
3. Pemasangan Streamyx 1
4. Deposit Sewa Mesin Photostat 2
5. Mesin ’Binding’ 1
6. Mesin ’Laminating’ 1


Keseluruhan
Bil Perkara/Item Unit Harga/unit Jumlah (RM)
1. Pembaikan kedai 1200 3600
2. Komputer dan Perkakasan
3. Perabot
4. Rangkaian dan Pendawaian
5. Promosi dan Percetakan
6. Lain-lain