Business Idea






RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif

Menjadi pembekal Korporat bagi aplikasi penyelesaian pencegahan dan penyelenggaraan bas ekspres di Malaysia. Selain itu kami akan membekalkan perisian ini kepada pelanggan kami iaitu rangkaian bas ekspres tempatan dan berdaftar di seluruh Malaysia. Sebagai satu platform penyelesaian pencegahan dan amaran awal tanpa sempadan dengan melangkah ke hadapan sebagai satu agensi yang menyediakan perisian perkhidmatan yang efisen.


Pernyataan Masalah
Kemalangan membabitkan bas ekspres bukan isu baru. Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan melibatkan bas ekspres semakin mendapat perhatian masyarakat. Terbaru, kemalangan baru di Bentong membabitkan 3 nyawa berpunca daripada sebuah bas ekspres 2 tingkat yang terbabas dan terbalik di kilometer 11 Jalan Bentong-Raub. Dalam kes ini, pemandunya dikatakan positif dadah jenis morfin. Jika benar dakwaan itu, bermakna syarikat pengusaha bas tidak peka akan tanggungjawab mereka sebelum membenarkan seseorang pemandu itu berada di jalan raya.

KETERANGAN TEKNOLOGI

Nama Produk

Vehical Box Inspection



Rajah 1 : Cadangan Fungsi




Rajah 2 : Cadangan Rekabentuk

KETERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Pada keseluruhan skop sistem ini merangkumi 7 modul :

  • ·         Pendaftaran Modul Atas Talian (Online)
    •          Pendaftaran Kenderaan
    •        Log Masuk Pengguna
  • ·         Modul Carian
    •        Carian Kenderaan
    •        Permohonan Penggunaan GPS
  • ·         Modul Perkhidmatan Amaran Awal Kenderaan
    •        Amaran Awal Keadaan Kenderaan
    •        Amaran Awal Tahap Kesihatan Pemandu
  • ·         Modul Sejarah Perkhidmatan
    •        Pengguna
    •        Pemandu
  • ·         Modul Penyelenggaraan
    •        Jadual Penyelenggaraan
    •        Sejarah Penyelenggaraan
  • ·         Modul Laporan Keseluruhan Perkhidmatan Kenderaan
  • ·         Modul Analisa Kenderaan


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Di antara perkhidmatan yang disediakan dan dibangunkan dengan teknologi ini kepada rangkaian pengguna adalah seperti berikut:
  • Daftar Info Kenderaan
  • Carian Maklumat Kenderaan
  • Pengurusan Penyelenggaraan
  • Pemeriksaan Awal Kenderaan
  • Sejarah Perkhidmatan
  • Analisa dan Menjana Laporan

Di antara perkhidmatan yang disediakan dan dibangunkan dengan teknologi ini kepada Pemilik Kenderaan (Pelanggan/Pemandu)  adalah seperti berikut:
  • Daftar Atas Talian Melalui Telefon
  • Carian Pusat Perkhidmatan dan Penyelenggaraan menggunakan Aplikasi GPS
  • Merekod dan Menghantar Maklumat Secara Masa Nyata
  • Menerima Mesej Peringatan (Keadaan Kenderaan dan Kesihatan Pemandu)
  • Melihat Sejarah Perkhidmatan dan Penyelenggaraan

KELEBIHAN PRODUK:

Teknologi ini mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah:
·         Pantas dan mudah dicapai untuk mendapatkan status pemantauan yang terkini dan pelaporan melalui antara muka
·         Memaparkan apa-apa maklumat yang diperlukan secara masa nyata
·         Mempunyai antara muka yang interaktif untuk paparan yang lebih senang, pemahaman dan perbandingan terus untuk setiap modul dengan data yang sedia ada
·         Dapat berhubung terus dengan pemandu walau dimana sahaja
·         Boleh menentukan tahap kesihatan pemandu dan keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan


KEUNIKAN PRODUK:

Aplikasi boleh dicapai secara dua hala atas talian. Berdasarkan kajian, tiada produk perisian yang menggunakan teknologi ini wujud di dalam rangkaian bas ekspress. Tawaran yang menarik dan istimewa iaitu 2 skim milikan kepada pengguna. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Web Application/Client Part  dan Controller Apps/Customer Part yang mana perisian ini mempunyai pelbagai fungsi dan unik.


PASARAN DAN PERSAINGAN











MODEL PERNIAGAAN

CETUSAN IDEA DARIPADA PERMASALAHAN
Kemalangan membabitkan bas ekspres bukan isu baru. Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan melibatkan bas ekspres semakin mendapat perhatian masyarakat. Terbaru, kemalangan baru di Bentong membabitkan 3 nyawa berpunca daripada sebuah bas ekspres 2 tingkat yang terbabas dan terbalik di kilometer 11 Jalan Bentong-Raub. Dalam kes ini, pemandunya dikatakan positif dadah jenis morfin. Jika benar dakwaan itu, bermakna syarikat pengusaha bas tidak peka akan tanggungjawab mereka sebelum membenarkan seseorang pemandu itu berada di jalan raya.

PELUANG PASARAN SEMASA
Berdasarkan kajian dan analisa yang telah dijalankan tiada lagi sistem seperti ini yang dibangunkan bersama dengan teknologi terkini. Kebanyakan maklumat yang diperolehi oleh pengguna adalah 1 hala sahaja. Dengan sistem ini pengguna boleh mendapatkan maklumat atau infomasi terkini secara 2 hala dengan cepat. Pembangunan sistem berasaskan teknologi web kini semakin mendapat perhatian ramai. Dengan adanya sistem ini sedikit sebanyak sebagai langkah awal dalam mengurangkan dan mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.


STRATEGI PASARAN

Kami mensasarkan kepada 2 kumpulan:

  • ·         Rangkaian bas ekspres tempatan
  • ·         Pusat Servis



Berdasarkan kajian, sistem ini boleh diperluaskan lagi. Dan dengan bantuan pihak Kerajaan secara langsung akan bertanggungjawab dalam mengiklan dan mempromosi produk ini dengan lebih luas.



STRATEGI JUALAN

Pihak kami menawarkan 2 jenis model perniagaan seperti berikut:-

A. SKIM SEWA

Pelaburan Permulaan:
Sasaran pelaburan permulaan adalah pada kadar sifar. Keperluan perkakasan server dan sistem akan disediakan dan diurus-tadbir sepenuhnya oleh pihak kami (tidak termasuk kos akses internet). Pengguna perlu membayar sebanyak RM100,00.00 yuran perkhidmatan bulanan kepada kami yang merangkumi kos:

1. Yuran perkhidmatan bulanan
2. Kos penyelenggaraan perkakasan

Kos pemasangan (installation) akan dikenakan sekali sahaja bergantung dengan pakej perisian.

Di dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:-

1. Pengurusan operasi sistem (aplikasi sistem).
2. Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
3. Latihan pengguna kepada pengguna-pengguna sistem.


B. SKIM MILIKAN

Pelaburan Permulaan:
Sasaran pelaburan permulaan adalah pada kadar yang sangat minima. Keperluan pelaburan permulaan hanyalah RM250,00.00 – RM 450,000.00 melibatkan pembekalan perisian dan konfigurasi server sistem sedia ada termasuk kos integrasi (tidak termasuk kos akses internet).

Di dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:-

1. Pengurusan operasi sistem (aplikasi sistem).
2. Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
3. Latihan pengguna kepada pengguna-pengguna sistem.