Pelan Perniagaan MDSA D’FOOD & CATERING RANGKAINIAGA


PENGENALAN

Perniagaan ini adalah merupakan perkhidmatan rangkainiaga yang menyediakan bahan mentah siap untuk dimasak kepada pelanggan iaitu pengusaha rangkainiaga Chef Det Chicken Chop Bisatro di wilayah utara Malaysia termasuk negeri Kedah,Pulau Pinang, Perak dan Perlis.Ini adalah fasa pertama dan fasa seterusnya ke seluruh Malaysia.Perniagaan ini memfokuskan jenis makanan barat “Western Food”.Pihak kami sangat yakin dengan mutu produk yang sedia ada dan akan mendapat sambutan daripada pelanggan jika berada di tempat yang lebih strategik . Tempat perniagaan yang ada sekarang sangat tidak strategic namun masih ada pelanggan yang datang daripada kawasan wilayah yang disebutkan tadi iaitu mereka datang daripada Perlis,Perak,Pulau Pinang dan seluruh negeri Kedah. Pada fasa pertama dalam tempoh tiga tahun pihak kami menjangka akan dapat mewujudkan 30 pengusaha rangkainiaga melalui pengusaha dari peserta kursus keusahawanan yang sedang dijalani oleh pengusaha sekarang.Memang ramai yang berminat untuk menyertainya yang datang dari seluruh Malaysia. Pada fasa kedua pihak pengusaha akan memperkembangkan rangkainiaga melalui kursus oleh pihak MARA.Dijangka akan mencapai sehingga 100 rangkainiga yang akan wujud selepas 5 tahun di seluruh Malaysia Untuk menjadi pengusaha rangkainiaga ini modal yang diperlukan tidak melebehi RM50,000 . Pihak kami menjangkakan dengan produk yang ada pengusaha rangkainiaga akan dapat pulangan modal dan keuntungan dalam tempoh satu tahun. Pihak kami memerlukan modal awal sebanyak RM187,000 sementara modal pengusaha ialah RM20,000 .Oleh pihak kami memerlukan pembiayaan daripada agensi kerajaan sebanyak RM167,000 untuk menjalankan perniagaan ini. Perniagaan ini mempunyai ciri- ciri berdaya maju kerana permintaan adalah konsisten. Selain itu perancangan yang teliti dan professional yang menjadi kunci utama perniagaan ini menjamin pontensi perniagaan pada masa hadapan dan malah dapat menyumbang kearah perkembangan ekonomi negara.

TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan segala perancangan perniagaan yang telah dirangka bagi membuka pusat pemprosesan secara berpusat bagi mengeluarkan makanan sejuk beku ‘Western Food’ untuk dipasarkan secara konsep rakan rangkainiaga RANGKAINIAGA CHEF DET CHICKEN CHOP BISTRO. Melalui kertas kerja ini segala aspek perkhidmatan, pengurusan, pemasaran, dan kewangan akan diterangkan dengan jelas seterusnya memohon kemudahan pembiayaan daripada pihak MARA berjumlah RM 167,000.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Enam Puluh Tujuh Ribu sahaja ) . Disamping itu kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta untuk menamatkan program Latihan Galakan Perniagaan kakitangan Kerajaan yang disertai. Tempoh pembiayaan kewangan adalah selama 5 tahun ( 60 bulan ) dan perniagaan RANGKAINIAGA CHEF DET CHICKEN BISTRO turut memohon tempoh bernafas selama 3 bulan. Pembiayaan ini adalah untuk membeli aset tetap saperti peti ais,kenderaan yang boleh membawa bahan dingin beku,ubahsuai kedai dan stok barang.

Anggaran Pengiraan Pembiayaan
Nilai Pembiayaan : RM 167,000
Kadar Keuntungan : RM 5% setahun
Keuntungan Pembiayaan : RM 8,350 @ 5 tahun
Jumlah Pembiayaan : RM 167,000 + RM41,750
Bayaran Balik Bulanan : RM 3480
Bayaran balik Prinsipal : RM 2783
Keuntungan Pembiayaan : RM 696


LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : MDSA D’FOOD & CATERING SDN BHD
Rangakainiaga Chef Det Chicken Chop Bistro
Alamat Berdaftar : No.4 3, Jalan Belida,Taman Seluang, 09000 Kulim. Kedah Darul Aman
Alamat Operasi / Kedai : PLAZA MPK2,Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama.
No. Daftar Perniagaan : Dalam proses.
Tarikh Pendaftaran : Dalam proses.
Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Membekalkan Bhan Mentah siap untuk dimasak kepada pengusaha rangkainiaga.
Bentuk Perniagaan : Sdn Berhad.
Modal Berbayar : RM20,000
Modal Dibenarkan : RM 200,000
Pengarah : 
(i) Muhamad bin Mohd.Desa
No. K/P : 531102025249
(ii) Jaharah bt Majid.
No.KP : 570607026296
Pemegang Saham : 
(i) Muhamad bin Mohd.Desa ( 40%)
(ii) Jaharah bt Majid ( 25%)
(iii)Mahathir Muhamad ( 15%)
(iv)Murshida Muhamad ( 10%)
(v) Mastura Muhamad ( 10%)

SKOP PERNIAGAAN

Aktiviti Perniagaan
Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh MDSA FOOD & CATERING SDN BHD ialah menyediakan dan memproses bahan siap masakan barat siap untuk dimasak kepada rangkain niaganya CHEF DET CHICKEN CHOP BISTRO di beberapa tempat di Perlis ,Kedah ,Pulau Pinang dan Perak .

Perkhidmatan Utama
Perkhidmatan yang utamanya ialah memproses bahan –bahan dan dibekukan Bahan-bahan ini akan dihantar ke rangkaian dalam tempoh seminggu sekali.Ini dinamakan juga “Central Kitchen“.
Contoh makanan :
i. Chicken Chop + sos.
ii. Beef Steak + sos.
iii. Lamb Chop + sos.
iv. Fish n Chip + sos.
v. Lain-lain makanan tambahan.

Potensi Perniagaan
Berdasarkan kepada analisa serta kajian pasaran yang telah dibuat perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang maju .Makanan barat kini telah menjadi pilihan masyarakat Malaysia terutamanya untuk makan malam. Memandangkan kepada ekonomi negara yang berkembang secara positif turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan makanan ini.Taraf hidup rakyat telah meningkat dan golongan menengah dan atasan telah bertambah ini meningkatkan lagi kuasa beli rakyat .Ini akan meingkatkan lagi permintaan terhadap makanan barat.Tambahan pula pihak pengusaha dapat membekalkan produk yang berkualiti yang akan menarik minat pelanggan untuk mengunjungi rangkain niaga pengusaha.Walaupun akan ada persaingan tetapi pihak pengusaha yakin dengan produk yang ada akan memjadi pilihan pelanggan kepada citarasa yang disediakan oleh pihak pengusaha.Oleh itu pihak pengusaha berasa amat yakin bahawa perniagaan ini akan berkembang dengan pesat dan meluas dapat masa 3 tahun.Pihak yang menjalankan perniagaan rangkainiaga akan memperolehi keuntungan dapat tempoh setahun sahaja apabila beropersi.

ASPEK PENGURUSAN

Pengurus Pentadbiran & Kewangan
Pengurus Pentadbiran & Kewangan bertanggung jawab dalam segala aspek pengurusan dan pentadbiran perniagaan agar berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang. Ia juga merancang peruntukan perbelanjaan perniagaan dan memastikan pekerja – pekerja membuat kerja mengikut standard (SOP ) untuk mempastikan mutu bahan memuaskan. Di samping itu kebajikan pekerja agar mengujudkan persekitaran yang sihat dan meningkatkan prestasi kerja dikalangan pekerja. Pengurus Kewangan bertanggung jawab dalam segala aspek kewangan seperti melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi, menyediakan bajet dan keperluan kewangan dan kenal pasti sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan menganalisa dan melaporkan prestasi kewangan.

Pengurus Pemasaran.
Pengurus Pemasaran ini hendaklah mempastikan setiap pelanggan berpuas hati, bertanggung jawab dan berusaha mencari pelanggan untuk menjalankan perniagaan secara rangkainiaga.

Pengurus Pengeluaran
Pengurus pengeluaran akan mengawal bahan pengeluaran suapaya mencapai mutu yang dikehehndaki saperti yang telah ditetapkan.Merancang dan membuat penyelidikan tentang bahan yang disediakan supaya tahan untuk dihantar kepada pelanggan. Mempastikan alat-alat dan mesin sentiasa baik supaya tidak mennganggu pengeluaran.

Pekerja Am
Pekerja Am hendaklah menjalankan tugas –tugas sebagaimana yang telah ditentukan (membasuh,menyediakan bahan-bahan untuk memasak,mencuci, membungkus mengikut peraturan dan permintaan pelanggan), ia juga bertanggung jawab mempastikan kebersihan dan keselamatan premis. Menerima arahan dari Pengurus pengeluaran dari semasa ke semasa.

Belanja Pengurusan
Bagi tujuan pengurusan, MDSA D’FOOD & CATERING menganggarkan perbelanjaan tetap dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaan nya adalah seperti berikut :
Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM)

1 Gaji & Elaun Pengurus-Pengurus 4500.00
2 Gaji dan Elaun Pekerja 3000.00
3 KWSP dan PERKESO 1000.00
4 Sewa Lot Perniagaan 1000.00
5 Air & Elektrik 300.00
6 Telefon & Faks 200.00
7 Alatulis & Belanja Pejabat 50.00
8 Perjalanan & Pengangkutan 1000.00
9 Senggaraan Kedai dan Mesin 300.00
10 Keraian dan Promosi 300.00
11 Belanja Pelbagai & Kontigensi 200.00
JUMLAH 11850

RANCANGAN TEKNIKAL/PERKHIDMATAN

Kemudahan Asas Premis
Premis perniagaan MDSA D”FOOD & CATERING SDN BHD memiliki segala kemudahan asas yang sepatutnya , seperti bekalan Air, elektrik dan telefon. Premis perniagaan terletak di kawasan komersial baru Bandar Kilang Lama,Pusat Perniagaan Putra ,Kilang Lama, Kulim, ruang niaga yang luas dan selesa bagi perniagaan ini.

Lokasi Premis
Pusat perniagaan ini terletak di Pekan Kilang ,Pusat Perniagaan Putra berhampiran tapak pasar malam Kilang Lama.Jarak dari bandar Kulim 3 kilometer dan Hitech Park Kulim 5 km.Kedudukan kedai ini di belakang tidak nampak dari jalan utama.Perniagaan ini sebenarnya tidak perlu diletak di hadapan.

Maklumat Premis Perniagaan
~ Alamat : Pusat Perniagaan Putra ,Kilang Lama.
~ Bentuk Binaan : Bangunan Kedai berkembar dua tingkat
~ Keluasan : 1400 kaki persegi
~ Pemilik Premis : Sewa
~ Tempoh Sewaan : 5 tahun
~ Nilai Sewaan Bulanan : RM1,000 sebulan.
~ Salinan Perjanjian Sewa: Belum dibuat.


Strategi Pemasaran
Promosi
Antara strategi promosi yang akan dilaksanakan oleh MDSA D’FOOD & CATERING bagi menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah:

- Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.
- Memberikan profil perniagaan kepada bakal-bakal pelanggan.
- Mengedarkan pemplet dan brosur secara berkala untuk rangkainiaga..
- Pergi menemui pelanggan jika mereka berminat.
- Memberi perkhidmatan yang lebih cekap ,pantas dan tepat pada masa yang telah ditetapkan.
- Pengiklanan melalui akhbar-akhbar.
- Taklimat kepada peserta-peserta kursus keusahawanan yang dijalankan oleh MECD ,MARA dan ejensi kerajaan yang lain.

Lokasi
-Menjalankan opersi di tempat yang mudah untuk di kunjungi oleh pelanggan
-Mudah untuk mengeluarkan barang produk untuk dihantar keluar.

Harga
Harga berpatutan mengikut pasaran dimana pihak rakan rangkainiaga akan memperolehi untung yang banyak daripada pihak pengusaha .setelah dihantar produk mentah pengusaha akan memperolehi sekitar 15 hingga 20% .Setelah produk ini dimasak dijual pihak rakan rangkainiaga akan memperolehi sehinga 80% dan lebih keuntungan.

Produk
Pihak kami yakin dengan produk yang akan dapat menandingi mana-mana perniagaan yang ada sekarang ini.Rasa yang dihasilkan oleh chef syarikat sungguh istimewa dan lain dari yang lain.Ramai pelanggan yang pernah berkunjung menyatakan sangat berpuas hati .Mereka juga membuat testimoni bahawa masakan yang disediakan oleh kami memang sedap dan dapat menandingi mana-mana syrikat perniagaan western food yang terkenal di Malaysia bah yang datang dari luar negara.

ASPEK KEWANGAN
KOS PELABURAN PROJEK MDSA D’FOOD & CATERING RANGKAINIAGA CHEF DET CHICKEN CHOP BISTRO

Bil Perkara/Model Jumlah RM Jumlah Besar RM
A. BELANJA PERMULAAN
1. Deposit Kedai 3000
2. Deposit Utiliti 600
3. Lesen MPK 300
4. Daftar Perniagaan 200
5. Dokumentasi & Guaman -400
6. Papan Iklan 1500
7. Promosi 5000
8. Uniform 500
9. Latihan/Kursus/R&D 1000
10.Cukai jalan & Insuran 1500 14000
B. PEMBELIAN ASET TETAP
1. Peti Ais 10,000
2. Blender 2,000
3. Container 1,000
4. Lori Cold Storage 60,000
5. Ubahsuai & Rak 7,000
6. Komputer 4,000
7. Mesin Kira 1,500
8. Peralatan Pejabat 1,000
9.Cold Room 25,000 101500
C. MODAL PUSINGAN
1. Stok Permulaan 50000
2. Gaji Staf 6,600
3..Sewa 1,000
4. Telefon 200
5. Api & Air 400
6. KWSP & SOCSO 1000
7. Alatulis 50
8. Perjalanan & P’kutan 1000
9. Tol & Parking 300
10. Pelbagai 200
Jumlah Pelaburan Projek 187150

JADUAL SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK

Bil Perkara/Model Jumlah
A. BELANJA PERMULAAN
1. Deposit Kedai 3000 3000
2. Deposit Utiliti 600 600
3. Lesen MPK 300 300
4. Daftar Perniagaan 200 200
5. Dokumentasi & Guaman -400 400
6. Papan Iklan 1500 1500
7. Promosi 5000 5000
8. Uniform 500 500
9. Latihan/Kursus/R&D 1000 1000
10.Cukai jalan & Insuran 1500 1500
B. PEMBELIAN ASET TETAP
1. Peti Ais 10,000 10,000
2. Blender 2,000 2,000
3. Container 1,000 1,000
4. Lori Cold Storage 60,000 10,000 50000
5. Ubahsuai & Rak 7,000 7,000
6. Komputer 4,000 4,000
7. Mesin Kira 1,500 1500
8. Peralatan Pejabat 1,000
9. Cold Room 25,000 25,000
C. MODAL PUSINGAN
1. Stok Permulaan 50000 50,000
2. Gaji Staf 6,600 6,600
3..Sewa 1,000 1000
4. Telefon 200 200
5. Api & Air 400 400
6. KWSP & SOCSO 1000 1000
7. Alatulis 50 50
8. Perjalanan & P’kutan 1000 1000
9. Tol & Parking 300 300
10.Pelbagai 200
Jumlah Pelaburan Projek 187150 20150 167000

JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, perniaga amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambilkira faktor perniagaan masih di peringkat awal membuat pemasaran untuk membekal kepada pelanggan organisasi. Perniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian perniagaan MDSA D’FOOD & CATERING amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya maju dan mampu berkembang pada masa hadapan. Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak institusi kewangan, kerana melalui cara ini sahaja perniagaan dapat dikembangkan. Perniagaan amat berharap ia diberikan peluang untuk turut sama-sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berjaya di negara.