10 Tokoh Usahawan Perniagaan di Malaysia [Automotif]

ASSIGNMENT 6: PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN
TOKOH USAHAWAN AUTOMOTIF

Tan Sri Dato' Loh Boon Siew - Pengasas Boon Siew Honda


Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.

Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.


Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin - Pengasas NAZA Groups

Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.

Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.

Kumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1979, mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus. Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu – Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.

Tan Sri Anthony Francis Fernandes - Pengasas Tune Air Sdn Bhd


Tan Sri Anthony Francis Fernandes (lahir 30 April 1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.


Syed Azhar Syed Nadzir - Peneraju Perkhidmatan Bas KL Hop-On-Hop-Off


Bas 2 tingkat atau lebih sinonim dengan panggilan ‘double-decker’ sering dikaitkan dengan Lodon dan ia menjadi ikon kota raya itu. Selain London, double-decker juga menjadi pengangkutan popular di beberapa bandar utama di Eropah dan Asia seperti Singapura, Sri Lanka, Jepun dan Hong Kong. Ia biasanya digunakan untuk tujuan bersiar-siar dan melawat tempat menarik di bandaraya terbabit. Di Kuala Lumpur, penggunaan double-decker untuk kegiatan itu masih terlalu baru dan hanya mula diperkenalkan 2 tahun lalu.

Dikenali sebagai KL Hop-On-Hop-Off, perkhidmatan bas double-decker di ibu negara ini dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir. Syarikat itu ditubuhkan pada 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram Ramli. Syed Azhar berkata, penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan perkhidmatan bas KL Hop-On-Hop Off dilihat sebagai tepat pada masanya sempena Tahun Melawat Malaysia. Berkonsepkan `hop-on-hop-off’, pelancong atau penumpang bas boleh naik dan turun di mana-mana laluan dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 jam.

“Idea untuk memperkenalkan konsep bas ini di Malaysia tercetus ketika saya tinggal di London. Saya pernah terfikir bila balik ke Malaysia saya nak bawa konsep bas seperti itu ke Kuala Lumpur (KL),” katanya dalam pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini .

Beliau yang ketika itu bekerja di Airod United Kingdom turut membuat penyelidikan dan mendapati ia sesuai serta berpotensi di Malaysia, terutama untuk menarik pelancong. Sekembali ke Malaysia pada 2005, Syed Azhar mula merencanakan strategi bagi menjalankan perniagaan bas bertingkat di KL

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh - Pengasas Sani Expres

NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA: 37 tahun
LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)

Sani dianugerah usahawan muda berjaya KPTM
BANGI: “Saya nak ubah persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa pengangkutan bas adalah pengangkutan untuk orang golongan bawahan dan oleh sebab itu berazam untuk meningkatkan taraf pengangkutan sekarang kepada keadaan yang lebih tinggi,” kata usahawan muda, Wan Mohammad Sani Datuk Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd ketika sidang media selepas menerima Anugerah Usahawan Muda Berjaya Kolej Politeknik Mara (KPTM) 2011.

“Sejak saya sekolah saya memang menggunakan bas untuk bergerak dan saya nampak banyak kelemahan dalam bidang pengangkutan ini dari segi kualiti, servis dan sebagainya dan sekarang saya cuba untuk mengatasi masalah berkenaan untuk memberi lebih keselesaan dan kepuasan kepada penumpang,” katanya pada majlis Anugerah Tahunan Usahawan Muda Berjaya Peringkat KPTM 2011, di sini, Jumaat lalu.

Petikan dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SanidianugerahusahawanmudaberjayaKPTM/Article
Rujukan: http://nilamsoft.blogspot.com/2013/03/10-usahawan-berjaya-dalam-bidang.html

Tan Sri Mohd Saleh Sulong


NAMA                      : Tan Sri Mohd Saleh Sulong
USIA                        : 52 tahun
PENDIDIKAN           : Chartered Institute of Management Accountants, United Kingdom
JAWATAN                : Pengerusi Kumpulan DRB-HICOM Berhad


Kerjaya

Tan Sri Saleh pernah berkhidmat sebagai akauntan dengan Cycle & Carriage Bintang Berhad, Cycle & Carriage (Malaysia) Sdn Bhd dan United Cycle Sdn Bhd selama 10 tahun sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Master-Carriage pada tahun 1984.

Pengalamannya selama 28 tahun dalam  industri pemotoran dan pelbagai sektor lain seperti perkhidmatan kewangan, kemudahan awan, insurans, hartanah dan pembinaan menjadikan beliau usahawan yang mampu membawa syarikatnya ke arah kejayaan.

Latar Belakang Syarikat

Tan Sri Saleh mengambil alih sebagai Pengerusi Diversified Resouces Berhad selepas kematian Tan Sri Yahaya Ahmad pada tahun 1997. Tan Sri Saleh bersama Allahyarham Tan Sri Yahaya mengasaskan Kumpulan Master-Carriage pada tahun 1980.

Pada tahun 1992, Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat kilang mereka di Pahang dan kagum dengan kemampuan kilang itu mengeluarkan 46 model kereta yang berlainan, semuanya tanpa bantuan daripada pihak kerajaan.

Sejak itu, Tun Dr. Mahathir membuka banyak ruang kepada Allahyarham Tan Sri Yahaya dan Tan Sri Saleh bergiat aktif dalam indutri pemotoran. Kedua-duanya kemudian mengambil alih Imatex berhad dan menukarkan namanya kepada Diversified Resources Berhad atau DRB.
Mula Menyerlah

Pada tahun 1995, Diversified Resouces Berhad mengambil alih Hicom Holdings Berhad dan seterusnya menguasai Perusahaan Automobil Nasional (Proton) Berhad. DRB kemudianya menjalani proses penstrukturan semula yang mana syarikat kumpulan itu yang tersenarai, Hicom Holdings, Gadek (M) Berhad dan Gadek Capital Berhad digabungkan di bawah DRB-Hicom Berhad dengan Tan Sri Saleh menguasai 11.9 kepentingan dalam DRB-Hicom.

Kini, Proton bukan lagi sebahagian dari DRB-Hicom tetapi DRB-Hicom mempunyai kepentingan dalam projek usahasama yang melibatkan pemasangan kereta Honda di Malaysia. Tan Sri Saleh juga mempunyai kepentingan dalam syarikat tersenarai Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad.


Pengiktirafan

Tan Sri Saleh juga pernah dan sedang memegang jawatan sebagai Pengerusi Cycle & Carriage Limited (Singapore), Pengerusi HICOM Holdings Berhad, Pengerusi Gadek (Malaysia) Berhad, Pengerusi Edaran Automobil Nasional Berhad, Pengerusi EON Bank Berhad, Pengerusi EON Finance Berhad, Pengerusi Horsedale Development Berhad, Pengerusi South East Asia Insurance Berhad, Pengerusi beberapa syarikat sendirian berhad yang bernaung di bawah Kumpulan DRB-HICOM.

Selain itu, sebagai Pengarah Cycle & Carriage Bintang Berhad, Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad, Pengarah Eastern Pacific Indutrial Corporation Berhad, Pengarah MCL Land Limited (Singapura), Pengarah Kumpulam Teknologi Tinggi Industri-Kerajaan, Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Pengarah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.


Rujukan: http://andrios-technology.blogspot.com/2013/05/10-profile-orang-berjaya-mengikut.html

Datuk Ahmad Kemin - Pengasas Mutiara Motors
                                                                         

Usia yang semakin menginjak ke-63 tahun bukan alasan bagi usahawan berjaya, Datuk Ahmad Kemin untuk bersara daripada syarikat yang diasaskannya, Mutiara Motors Sdn. Bhd. (Mutiara Motors).

Sebaliknya, menurut beliau, usia yang semakin matang itu sentiasa mencabarnya untuk terus mengembang dan mengukuhkan Mutiara Motors sehingga ke tahap tertinggi.


Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu mengakui telah menyerahkan kesemua operasi dan pengurusan syarikat kepada tiga anaknya yang menjadi pewaris Mutiara Motors.


Meskipun demikian, Ahmad masih kekal bertindak sebagai pengawas untuk memastikan pewarisnya mengikut landasan yang betul dalam mengendalikan perniagaan yang diusahakan hampir 30 tahun itu.


Ahmad akui walaupun hanya memantau perniagaan itu namun beliau amat tegas dengan anak-anaknya untuk memastikan perniagaan itu dapat diwarisi oleh keturunannya pada masa depan.


''Saya amat tegas dengan anak-anak. Walaupun mereka anak saya tetapi di pejabat mereka adalah pekerja, selepas jam lima kami akan berbual dan berbincang seperti anak beranak.


''Saya tidak pernah membenarkan anak-anak saya hanya bekerja di dalam bilik penghawa dingin tetapi mereka juga perlu merasai kehangatan bekerja di luar pejabat seperti kakitangan lain.


''Pendekatan saya ini memang keras tetapi di sebalik hati kecil ini, saya mahu memastikan mereka tidak terlalu selesa dengan kedudukan dan kesenangan.


''Saya tidak mahu apabila saya tiada lagi Mutiara Motors akan hancur kerana syarikat ini adalah untuk cucu-cicit saya,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.


Ahmad berkata, biarpun persaingan dalam industri automobil semakin sengit, Mutiara Motors masih mampu menjual 90 buah kereta import, termasuk kereta terpakai, setiap bulan.


Ditanya apakah teknik pemasaran yang digunakan, secara berseloroh beliau berkata: ''Percaya atau tidak, saya menjual kereta menggunakan katalog sahaja''.


Beliau mengakui cara tersebut agak kolot tetapi itulah yang diamalkan dari dahulu sehingga hari ini.


''Saya akan mengambil gambar kereta yang bakal saya jual termasuk nombor casisnya dan kemudian masukkan dalam album. Kalau pembeli tanya, itulah yang saya tunjuk,'' ujarnya.


Mengimbau pengalamannya, Ahmad berkata, beliau pernah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk berniaga barangan plastik di pasar malam dan kerja kilang.


Katanya, beliau terlibat dalam industri automobil kerana didorong minatnya terhadap kereta-kereta mewah.


Tambah beliau, pembabitannya dalam industri itu bermula dengan membeli kereta-kereta lama dan membaiki, sebelum menjualnya semula.


''Tetapi apabila AP dibuka saya mencuba nasib dan pada awalnya hanya mendapat lima AP sahaja sebelum ditambah kepada 10 AP enam bulan kemudian,'' katanya.


Ditanya resipi Mutiara Motors kekal berkembang maju sehingga sekarang, Ahmad berkata, kekayaan dan kesenangan yang dinikmati perlu dikongsi bersama pekerja dan kakitangannya.


Menurutnya, Mutiara Motors sentiasa menghargai kakitangannya kerana tanpa mereka, Mutiara Motors tidak akan berdiri seperti hari ini.


''Saya memang menjaga kebajikan kakitangan dan sehingga hari ini Mutiara Motors akan menyediakan makan tengah hari kepada pekerjanya dan tiga bulan sekali saya akan belanja mereka makan di hotel.


''Saya lakukan ini untuk memastikan kakitangan saya dapat berjimat cermat dan masih mempunyai wang sehingga cukup bulan,'' katanya.


Menurutnya, amalan bersedekah itu sebenarnya telah diamalkan sejak dulu lagi, semasa bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR).


''Dulu, gaji saya di JKR hanya sebanyak RM74 sebulan, mana mampu hendak bersedekah wang tetapi saya tetap akan mengasingkan beberapa ringgit setiap bulan untuk membeli gula-gula dan coklat untuk diberikan kepada anak- anak yatim berhampiran rumah.

''Mungkin wang yang digunakan itu sedikit sahaja tetapi saya percaya limpahan doa mereka membuatkan saya berjaya dan senang pada hari ini,'' katanya.
Petikan dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_05.htm#ixzz2NsO71UNs

Puan Hajjah Sairah - Pengasas Sairah Ekspress

                                                                            

Syarikat Sairah Expres telah mula menjalankan operasi bermula tahun 1994 di sekitar Sabah. Pengasas dan penggerak syarikat ini ialah Pn. Hjh Sairah bersama suaminya. Berbekalkan semangat ingin maju sebagai sebuah syarikat bumiputra yang berdaya saing, pengurusan syarikat telah membuat pelaburan dan ketersediaan menanggung risiko dengan membeli SCANIA BUS. Ternyata dengan sokongan rakan rakan dari SCANIA(M), langkah ini adalah yang terbaik bagi perkembangan syarikat.

Petikan dipetik dari : http://sairahexpress.blogspot.com/2012/01/penghargaan.html



 Nama: Tan Sri Dato' Halim Bin Mohammad
 Umur: 61 Tahun



Tan Sri Dato. Halim Bin Mohammad berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Halim Mazmin Berhad. Tan Sri Dato. Mohammad berfungsi sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya. Selepas menamatkan GCE "O" pada tahun 1968 , beliau mengikuti kerjaya laut sebagai Pegawai Kadet Pelayar dengan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia ( "PNB") . Beliau meninggalkan perkhidmatan laut pada tahun 1975 untuk menyertai Harrison & Crossfield dan pada tahun 1978 , beliau meninggalkan Harrison untuk menyertai Esso untuk berkhidmat di atas kapal sebuah kapal tangki penyimpanan luar pesisir Terengganu di mana beliau bertanggungjawab untuk mengawasi pemindahan keselamatan minyak mentah untuk mengeksport kapal tangki. Beliau meninggalkan Esso pada tahun 1982 untuk meneruskan perniagaan sendiri. Tan Sri Dato. Mohammad berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin Bhd Pada tahun 1995 , beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Perkhidmatan Tanker Jawatankuasa Kecil Persatuan Pemilik Kapal Malaysia ( MASA) dan berkhidmat sebagai naib pengerusi MASA pada tahun 2001. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan Kemaman, sejak September 1, 1994 . Pada tahun 2004 , beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan Logistik Sumber Teknikal untuk merangka Pelan Induk Perindustrian 3 dari 2006 hingga 2020. Beliau berkhidmat sebagai ahli kepada Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia. Pada tahun 2007 , beliau berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Majlis Logistik Malaysia . Pada bulan April 2005, beliau telah ditugaskan sebagai Kapten Kehormat RMNRV Tentera Laut Diraja Malaysia. 

PENGIKTIRAFAN

Pada tahun 1995 , beliau telah dianugerahkan dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Dato ' Paduka Mahkota Terengganu ( DPMT ) oleh DYMM Sultan Terengganu sebelum dianugerahkan dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor ( DPMS ) dengan DYMM Sultan Selangor pada tahun 1999. Kedua-dua anugerah membawa dia dengan gelaran " DATO ". Sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau kepada pembangunan industri maritim dan untuk perkhidmatan cemerlang kepada Kerajaan Malaysia, beliau telah dianugerahkan penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 3 Jun 2000, yang membawa gelaran " TAN SRI ". Tan Sri Dato. Mohammad telah dipilih sebagai Fellow Chartered Institute of Logistics & Transport (UK). Pada tahun 2003 , beliau dilantik sebagai Fellow Dewan Perniagaan Melayu , Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kuala Terengganu. Pada Ogos 2005, Universiti Malaya yang diberikan kepadanya Ijazah Kehormat Doktor Perniagaan honoris causa ( HonsDBus ).

ref: BussinessWeek.com
                                                        
 NamaDato’ Ghazali Dato’ Mohd Yusoff
 Jawatan: Entrepreneur and Executive Chairman
 Syarikat: Nusantara Technologies Sdn. Bhd.


Biodata

Dato ' Ghazali Dato ' Mohd Yusoff adalah seorang usahawan dan Pengerusi Eksekutif Nusantara Technologies Sdn Bhd Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera ( Ekonomi dan Geografi) dari Universiti Malaya dan seterusnya melanjutkan kursus Pengurusan Am di Pentadbiran Maktab Turus Henley , United Kingdom.

Dato'Ghazali memulakan kerjaya di Dunlop Malaysia Industries Berhad, jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengurus Besar. Beliau merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Arab-Malaysian Bank Group 1981-1983 . Tidak lama selepas itu, beliau menubuhkan Nusantara Technologies, sebuah One Stop Test dan Pemeriksaan Pembekal bagi industri minyak dan gas.

Dato ' Ghazali aktif dalam banyak organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Jawatan sekarang adalah seperti Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) , Penasihat Panel mengenai isu-isu tenaga kepada Kementerian Sains , Teknologi & Inovasi , Pengarah Eksekutif Kehormat Majlis Perniagaan bagi Pembangunan Mampan Malaysia dan Ahli Panel Penasihat Kebangsaan perpaduan. Beliau juga terlibat secara aktif dalam kebajikan sosial , yang merupakan Naib Presiden Majlis Kebangsaan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat , Naib Presiden Pure Life Society dan Ahli Majlis Selangor Cheshire Home . Dalam bidang akademik , beliau merupakan ahli jawatankuasa untuk Rancangan Peningkatan Strategik untuk Universiti dan kerjasama Komuniti / Industri.

Penglibatan

Dato ' Ghazali juga telah sebelum ini diterajui organisasi utama yang lain seperti Kelab Lions ( Host ) Kuala Lumpur , Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia , Persekutuan Automotif Malaysia, Kanada Malaysia- Majlis Perniagaan, Ekonomi dan Perdagangan Persatuan Malaysia - Perancis, Malaysia-Jerman Business Group , ASEAN -EEC Majlis Perniagaan dan Malaysia- India Jawatankuasa Perundingan Bersama.

Dato ' Ghazali mendapat pendidikan awal di Victoria Institution Kuala Lumpur dan Sekolah Anderson Ipoh. Beliau berkahwin dengan Dato ' Hatijah binti Ayob dan mereka mempunyai 3 orang anak.

ref: http://research.utar.edu.my/ISER/speakers.html