Konsep

4'P of Marketing.

Product

Idea produk yang dapat memberi faedah, ciri-ciri unik dan mempunyai kelebihan.

Price

Harga yang berpatutan dan munasabah.

Place

Produk berdasarkan keadaan persekitaran dan persaingan.

People

Target pengguna produk yang dipasarkan.

Tuesday 6 May 2014

10 Barang Inovatif

1. Car Infrared Camera: Ciptaan ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Harap maaf tiada makluman daripada sekolah menengah, daerah atau negeri mana? Alat ini diilhamkan melalui pemerhatian dan keperihatinan terhadap kes kemalangan yang berlaku akibat pemandu yang kurang cekap semasa pemanduan  dalam keadaan kabus, hujan atau di waktu malam.

Car Infrared Camera
Oleh itu, dengan memasang kamera infrared pada kenderaan, keselesaan pemandu di waktu malam atau kabus tebal dapat diatasi. Dengan alat ini, kecekapan memandu dalam keadaan berkabus dan hujan di waktu malam dipertingkatkan. Dengan ini, risiko kemalangan dapat dikurangkan kerana tahap penglihatan pemandu menjadi lebih jelas berbanding penggunaan sport light dan mengurangkan gangguan dan menjadikan pemanduan lebih selamat.

2. Bijak Sifir:  Ciptaan En. Abd. Rahim Bin Adb. Samad. Kaedah teknik menguasai asas sifir didalam program Bijak Sifir Alif telah sedikit sebanyak membantu pelajar muda supaya berminat dalam matapelajaran matematik dan sains.
 
Bijak Sifir
Bijak Sifir Alif disusun dengan modul yang mudah merangkumi teknik menguasai sifir melalui pola dan nyanyian serta penyelesaian operasi mendarab dan bahagi teknik “bina dan capai

3. Bio Smock Filter:  Bio Smock Filter adalah alat yang digunakan untuk menapis asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang industri atau aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan asap. Sistem penapisan alat ini adalah menggunakan prinsip tindak balas kimia di antara wap asap dan wap air. Wap asap yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu oleh beberapa sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan bau asap.
 
Bio Smock Filter
Alat ini yang dihasilkan juga oleh kumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah mampu mengatasi masalah pencemaran asap hasil yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti perindustrian serta pusat pelupusan sampah yang mengamalkan pembakaran terbuka. Penapisan ini bukan sahaja dapat menapis gas-gas merbahaya malah ia dapat menapis partikel-partikel halus yang terdiri daripada habuk-habuk yang mengotorkan persekitaran. Oleh itu, produk ini berpotensi untuk dipasarkan ke sektor perindustrian, agensi pelupusan sampah atau mana-mana tempat yang mengeluarkan asap yang banyak.

4. Biological Mosquito Control (BiMoC): Biological Mosquito Control (BiMoC) di hasilkan oleh kumpulan pelajar SK Putrajaya Presint II (I), Melaka ini berfungsi untuk mengawal dan menghapuskan pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan jentik-jentik terutamanya nyamuk aedes di dalam rumah dan persekitaran komuniti dan agensi-agensi kerajaan atau swasta.

 
Biological Mosquito Control (BiMoC)

5. Bi-ethanol Feul from ubikayu (Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu): Dihasilkan oleh pereka muda Ku Syahidah Ku Ismail. Kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai

 
Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu
Sebagai kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian  ataupun penambahan kepada, bahan bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum.
Walaupun Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar alternatif, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum dunia. Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Canada dan sebagainya telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta mereka.

6. Automatic Circuit Breaker (ACB) For Low Voltage Substation Distribution System: Pereka muda yang berumur 30 tahun bernama Mohd Rhedwansyah Bin Salinri menghasilkan Automatic Circuit Breaker (ACB) yang berpotensi memperbaiki pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius penyalur dalam sub-stesen pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk mengesan arus elektrik yang melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik akan memutuskan talian elektrik tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan fius akan disambung semula secara automatik. Sekiranya tiada masalah timbul, arus elektrik akan mengalir secara biasa. Akan tetapi jikalau masalah lebihan arus elektrik masih kekal sambungan akan diputuskan semula oleh ACB.

Automatic Circuit Breaker (ACB)
Penggunaan ACB ini merupakan ciri keselamatan yang mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas dan memastikan barangan elektrik kita tidak  rosak akibat daripada penyaluran voltan yang terlampau tinggi.

7. Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs): Dihasilkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching, Sarawak. Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan pakaian yang telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk berlipat dan melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang ada pada peralatan ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke dalam secara automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir penggelek (roller curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik untuk menutup bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung daripada hujan.
 
Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs)

8. Asemo Green Wash: Produk “Mobile Waterless Car Wash” adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Produk yang diberi jenama “Asemo Green Wash” akan dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan melalui Syarikat Asemo G-Wash Enterprise.
 
Asemo Green Wash: Produk "Mobile Waterless Car Wash”
Produk ciptaan Pn. Rahayu Tasnim ini mampu menyediakan perkhidmatan yang maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta. Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber” pada badan kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .

9. Adjustable Wheel Chair: Rekaan Mohd Khairuddin Bin Haji Ali Musa dan rakan-rakan. Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg.

Adjustable Wheel Chair
Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.
Kebaikan inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan warga tua.

10. Automatic Chicken Coop: Dicipta oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.
 
Automatic Chicken Coop
Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).
Sebenarnya ada banyak lagi idea-idea kreatif dan berinovasi yang di hasilkan oleh anak-anak muda seluruh Malaysia,  namun yang dipaparkan hanyalah sebahagian contoh idea daripada sebilangan mereka sahaja. Idea dan inovasi diterjemahkan kepada penghasilan produk unik yang kemudiannya di tempah untuk kegunaan pelbagai pihak terutamanya pengguna. Sebuah pemikiran kreatif dan berinovasi hanya akan berjaya jika ada sokongan dan penghargaan daripada pelbagai pihak terutamanya pelabur-pelabur dan masyarakat sendiri.